Rezeki & Penantian Bertahun-tahun: Akhirnya Impian Menjadi Milik Sendiri 🏠☕🥐
Impian miliki rumah hampir terhalang kerana dokumen yang tidak cukup kuat. Melalui analisis mendalam, Webber nasihatkan gabungan Joint Loan dan strategi Profile Grooming. Ketahui bagaimana mereka akhirnya lulus!
KISAH LOAN
Webber Chin
5/2/20261 min read


Ramai yang tahu, proses beli rumah bukan sekadar soal duit, tapi soal "Jodoh & Rezeki".
Kisah kali ini pasal 2 orang adik-beradik yang hebat. Dah lama mereka sewa rumah di satu kawasan. Kawasan tu sangat bermakna buat mereka sekeluarga kerana di situlah tempat yang penuh dengan kenangan mereka dari masa kecil sampai dewasa. Mereka sudah sangat biasa dengan persekitarannya.
Pada mulanya, mereka berhasrat nak beli rumah yang mereka sedang sewa sekarang. Tapi sayangnya, tuan rumah belum sedia nak menjualnya kerana baginya, rumah itu membawa "tuah" (good luck).
Mereka tidak berputus asa. Setelah menunggu beberapa tahun, akhirnya rezeki muncul! Mereka terjumpa sebuah rumah yang cantik dan dekat dengan rumah sewa lama mereka. Bukan apa, senang nak pindah dan tak perlu lagi nak sesuaikan diri di tempat baru.
Cabaran Profile Kewangan (Loan)
Namun, impian hampir terhalang. Kalau seorang sahaja yang memohon, dokumen tidak cukup kuat. Jadi, mereka perlu bergabung (joint loan).
Mula-mula saya semak dokumen mereka, memang ada beberapa bahagian yang "perlu diambil perhatian". Sebagai konsultan, saya berterus-terang dan beri nasihat (advise) apa yang perlu mereka ambil tindakan dahulu.
Saya pesan: "Sabar, kita fokus pada 'Profile Optimization' dulu ya. Tunggu bulan depan baru kita submit secara rasmi."
Kerjasama Yang Membuahkan Hasil
Saya sangat kagum dengan komitmen mereka. Walaupun pihak bank banyak bertanya itu dan ini, mereka tetap beri kerjasama. Setiap penjelasan dan pengesahan yang saya minta, mereka sediakan dengan cepat.
Hasilnya? LOAN APPROVED! 🎉
Selepas selesai urusan menandatangani dokumen (signing), saya rasa sangat tersentuh bila mereka hadiahkan saya kopi dan pastri (seperti dalam gambar). Bukan nilai makanan tu yang saya pandang, tapi PENGHARGAAN mereka terhadap kerja keras saya.
Daripada penyewa yang berniat mencari rumah sendiri, kini mereka sudah sah bakal menjadi pemilik rumah di kawasan yang penuh memori itu.
Terima kasih kerana mempercayai kepakaran saya. Selamat membina kenangan baru di rumah baru!
Webber Chin
Pakar Mortgage & Takaful Anda
#WebberChinMortgage #KisahRealiti #DariPenyewaKePemilik #MortgageSpecialist #RumahSendiri #KisahInspirasi #Appreciation