Panduan Lengkap Pre-Screening: Rahsia Loan Rumah Lulus Bersama Pasukan Webber

PUSAT ILMU LOAN

Webber Chin

4/18/20262 min read

Adakah anda bercadang untuk memiliki rumah sendiri? Sebelum anda melangkah masuk ke bank, pastikan anda tidak mengabaikan satu langkah paling kritikal ini: Mortgage Pre-screening.

Ramai yang berjumpa dengan Webber mengadu gagal memiliki rumah bukan kerana mereka tidak mampu, tetapi kerana mereka memohon tanpa persediaan yang betul.

🔍 Bahagian 1: Apa Itu Pre-Screening (Versi Webber Chin)?

Pre-screening adalah satu proses penilaian dalaman yang dilakukan secara peribadi oleh pasukan Webber Chin sebelum sebarang dokumen rasmi anda diserahkan kepada pihak bank.

2 Tujuan Utama Pre-screening yang Webber tekankan:

  • Menilai Kelayakan Sebenar: Pasukan Webber akan membantu menyemak profil kewangan sama ada sudah ada dalam keadaan "sedia ada", sebelum kita buat sebarang permohonan.

  • Estimasi Pinjaman Maksimum: Pasukan Webber akan membantu menyemak lingkungan bajet yang menepati profile anda, supaya anda boleh fokus mencari rumah dalam bajet berkenaan supaya tidak membazir masa.

🚀 Bahagian 2: Kenapa Strategi Webber Ini Penting?

Bagi Webber, pre-screening bukan sekadar langkah tambahan, ia adalah kunci kejayaan permohonan anda.

  • Lebih Cepat & Tepat: Kami tidak menghantar borang secara rawak. Pasukan Webber akan memilih 2-3 bank terbaik yang paling "ngam" dengan profil anda.

  • Maksimumkan Kelulusan: Pasukan Webber akan bantu kenalpasti masalah seperti DSR tinggi atau hutang lama yang terlupa sebelum ia menjadi punca loan ditolak.

  • Kurangkan Stress: Biarkan Pasukan Webber yang pening kepala uruskan teknikal, anda hanya tunggu berita.

👥 Bahagian 3: Siapa Yang Wajib Cari Webber Untuk Pre-screening?

Saya dan pasukan amat menyarankan pre-screening bagi kategori berikut:

  1. Pembeli Rumah Pertama: Yang memerlukan bimbingan langkah-demi-langkah.

  2. Freelancer & Self-Employed: Yang mempunyai profil pendapatan yang tidak menentu atau sukar dibuktikan.

  3. Pendapatan Sampingan: Untuk memastikan semua "income" anda yang boleh diiktiraf oleh bank.

  4. Individu Yang Ragu-ragu: Jika anda tidak pasti, biar Pasukan Webber berikan jawapan yang lebih tepat.

  5. Pernah Ditolak (Rejected): Jangan putus asa, mari kita cari "penawar" bersama Pasukan Webber.

📋 Bahagian 4: Dokumen Yang Perlu Anda Serahkan Kepada Webber

Untuk penilaian yang tepat dari pihak kami, pastikan anda menyediakan:

  • Bukti Pendapatan (Payslip): Untuk Pasukan Webber menilai had maksimum loan anda.

  • Bank Statement: Memastikan gaji anda masuk secara konsisten.

  • Penyata KWSP: Membantu kami mengesahkan kesahihan pendapatan melalui caruman bulanan yang konsisten.

  • Laporan Kredit: Penting untuk Pasukan Webber menyemak sejarah kredit anda.

  • Pengiraan DSR: Pasukan Webber akan bantu kira DSR berdasarkan pendapatan & komitmen sedia ada anda.

🛠️ Bahagian 5: Bagaimana Pasukan Webber Menguruskan Proses Anda?

  1. Penyediaan: Anda serahkan dokumen asas kepada Pasukan Webber.

  2. Analisis Mendalam: Pasukan Webber akan menilai DSR dan sejarah kredit anda secara teliti.

  3. Penambahbaikan: Pasukan Webber akan beri nasihat jika ada hutang yang perlu diselesaikan dahulu.

  4. Cadangan Bank: Pasukan Webber pilih bank yang paling memihak kepada anda.

  5. Permohonan Rasmi: Selepas profil (termasuk dokumen) anda sudah dicheck oleh Pasukan Webber, barulah permohonan ke bank dilakukan!

💡 Kesimpulan

Jangan biarkan impian anda memiliki rumah hancur kerana kesilapan teknikal yang boleh dielakkan. Mula pre-screening anda secara PERCUMA bersama Pasukan Webber Chin hari ini!