Kisah 21 Tahun Menyewa, Akhirnya Jadi Pemilik
Menyewa selama 21 tahun bukan satu tempoh yang pendek. 2 adik-beradik ini tidak pernah berputus asa. Dengan strategi dan analisis profil yang tepat, impian mereka untuk memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan bersama Webber Chin
KISAH LOAN
Webber Chin
4/3/20261 min read


(Dari tahun 2005 hingga 2026)
Ada orang beli rumah untuk pelaburan, tapi bagi klien saya kali ini, mereka membeli "Kenangan yang Tidak Boleh Dibeli dengan Wang Ringgit."
Dua beradik ini mula menetap di rumah ini sejak mereka masih di Tingkatan 4. Bayangkan, daripada zaman remaja, belajar, mula bekerja, sampailah sekarang si adik pun sudah mencecah usia 38 tahun.
21 tahun mereka di sini. Rumah ini menjadi saksi segala suka duka, gelak tawa, dan memori membesar bersama keluarga. Setiap sudut rumah ada ceritanya yang tersendiri.
Apabila tuan rumah (owner) membuat keputusan untuk menjual rumah ini, mereka tidak terfikir untuk berpindah. Bagi mereka, ini bukan sekadar sebuah bangunan, tapi ini adalah "Rumah Kita."
Cabaran bermula...
Proses pembiayaan bank mempunyai cabarannya yang tersendiri,
namun itulah peranan saya untuk memastikan setiap dokumen dan profil disusun dengan teratur. Saya ingin berterima kasih kerana mereka memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu menguruskan setiap proses permohonan pinjaman bank supaya impian mereka tercapai.
Akhirnya, berita gembira! Permohonan pinjaman (loan) mereka telah LULUS✅.
Tiada lagi kerisauan perlu berpindah-randah. Kenangan 21 tahun lepas kini tersimpan rapi, dan mereka boleh terus mencipta kenangan baru untuk 21 tahun akan datang di bawah bumbung sendiri.
Tahniah kepada kedua beradik ini! Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan indah anda